Monday 25 June 2012

Apa yang kita patut buat dan niat sewaktu berwuduk?

APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG?


DARI KITA BERDIAM KOSONG, NIATLAH DENGAN YANG BAIK - BAIK...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau
berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku
melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid- masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


Sumber : http://shaniwisa.blogspot.com/

Sunday 10 June 2012

TANDA-TANDA JANGKITAN VIRUS

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?



Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

-PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
-Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
- Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
-Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
-Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
-Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
-Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
-Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
-Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
-Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
-Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
-Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
-Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
-Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
-Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
-Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
-Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
-Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
-Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
-Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
-Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
-Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
-Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Sumber Dari : http://www.familiazam.com/jangkitan_virus.htm

10 Cara Kurangkan Cukai Pendapatan di Malaysia




Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:

1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.

2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .

6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10.Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)

Peringatan:

Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai. Lebih molek kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi Layari laman web LHDN untuk informasi dan maklumat yang lebih lanjut.

Sumber dari : http://mursyidi.com/blog/26-cara-kurangkan-cukai-pendapatan-di-malaysia/

Friday 1 June 2012

Mutiara Kata

“Besi itu kuat , tapi api mampu meleburnya,
api itu kuat, tapi air mampu memadamnya,
air itu kuat, tapi awan mampu menyejatnya,
awan itu kuat , tapi angin mampu menolaknya,
angin itu kuat , tapi bukit mampu menghalangnya,
bukit itu kuat, tapi manusia mampu menarahnya,
manusia itu kuat, tapi nafsu mampu menundukkannya,
nafsu itu kuat, tapi iman mampu mengalahkannya,
dan bila iman itu kuat, tiada apa yang mampu mengalahkannya.”


Renungkanlah ungkapan ini semoga ianya menjadi santapan dan inspirasi rohani yang paling bermakna untuk kita semua hari ini......................


Sumber Dari : Email Kawan-Kawan

Wednesday 30 May 2012

CAN YOU SEE IT?

To keep a sharp mind! Very Fascinating!


CAN YOU SEE 10 FACES IN THIS TREE?



THERE'S A FACE IN HERE. CAN YOU SEE IT?


Can you tell the difference between a horse and a frog?

Watch closely...


CAN YOU SEE THE BABY?


Sumber dari : Email KengKawan.