Thursday, 12 April 2012

15 Perkara penyebab Turunnya Bala Allah S.W.T
 
 15 Perkara menyebabkan turunnya bala dari Allah S.W.T.
Moga ia membawa manfaat kepada anda semua, insyaAllah.

Dalam sebuah hadis Diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
-
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa)…. bukan kerana Allah  SWT.

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri…..pecah amanah.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri….hilang sifat  sbg pemimpin.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing….. jadi amah.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri….

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid…..tak  ingat  mati.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, (menghina pemimpin yg soleh  atau para Nabi, RasulAllah & keturunan baginda  serta para sahabat)maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

No comments:

Post a Comment