Friday, 6 April 2012


  Assalamualaikum W.T.K dan Salam Sejahtera
 Saya ucapakan kepada semua rakan- rakan yang sudi membaca blog saya..inilah buat kali pertama saya menulis dan membuat blog, Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, Name saya 
WAN SHAMSUL KHAIRI BIN WAN ANNUAR..panjangkan name tu, tapi keluarga saya panggil saya "ERI" tapi rakan-rakan boleh panggil saya dengan pangilan "WAN" sahaja. Umur saya dalam 20 lebih, dan dilahirkan di Kelantan Darul Naim..saya merupakan anak ke dua daripada 3 adik beradik..saya dibesarkan di Kuala Lumpur..sewaktu sekolah rendah saya dihantar untuk berlajar di Sekolah Rendah  Kebangsaan Taman Tun Dr ismail 1..dan sekolah menegah di Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail sekolah ini betul2 depan rumah saya..so nak ponteng balik tido pun senang le (Ni dulu je sekarang dah sedar)... memandangkan result SPM saya kurang memuaskan.. saya melanjutkan pengajian di Systematic Koleg dalam bidang kemahiran Sistem Komputer dan berjaya menamatkan pengajian.....menyedari bahawa keputusan SPM yang agak teruk dan merupakan sumber penting untuk meneruskan kehidupan .. saya berhasrat untuk mengambil SPM kembali... Saya telah menduduki SPM buat kali kedua di Sekolah Menegah Vitoria di Jalan Hang Tuah dan mendapat keputusan yang Jauh lebih  baik berbanding dahulu.... selesai sahaja belajar saya mula cuba-cuba berniaga... saya telah membuka satu kedai Burge di kawasan Pantai Dalam Jalan Murni berhadapan Kuaters Polis Desa Aman 2... setelah sekian lame berniaga akhirnya saya mendapat tawaran berkerja di Jaya Jusco sebagai Promoter... hampir 4 - 5 bulan saya berkerja sebagai Promoter di Jaya Jusco... Pada Mei 2007 saya telah mendapat tawaran berkerja dalam sektor Badan Berkanun/Kerajaan iaitu Di Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia, Alhamdulilah sehingga kini saya masih berkhidmat di LHDNM...setelah beberapa tahun berkerja dan mengumpul duit akhirnya saya telah bertemu jodoh dengan sorang gadis yang bernama Nur Nabila Bt Roslin... tanggal Januari  2009 saya telah bernikah dan dikurniakan Cahaya mata pada 9 November 2009 yang diberi name Wan Muhammad Hakim Danial .. panjangnya name dia... 


Setelah sekian lame hidup bersama dan berkerja ... saya berhajat  ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan selesa....Akhirnya saya membuat keputusan untuk meneruskan Pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia... pada 17 September 2011 saya memulakan pengajian saya di UKM untuk semester1 dan berjaya menamatkanya dengan keputusan yang boleh dikatakan sederhana sahaja...sekarang saya berada di semester yang  ke-2.. Azam saya harap dapat buat yang terbaik untuk semester ini...Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof Norazila Pensyarah  Aplikasi Komputer EPPD1063 kerana menjadi pengerak kepada saya untuk belajar mencipta satu blog sendiri..

No comments:

Post a Comment