Adakah buah pinggang anda sihat?
KAJIAN di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.
Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang
individu-individu mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba.
Kenyataannya, buah pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa
disedari. Mereka mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada
tanda-tanda atau secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama
bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun, apabila tiba masanya,
gejala-gejala tersebut akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah
menjadi serius dan kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi.
Kebanyakan penapis kecil yang dipanggil nefron
di dalam buah pinggang sudah rosak dan hanya tinggal beberapa nefron
yang terpaksa bekerja keras untuk menapis darah. Tanpa rawatan, semua
nefron akan musnah dan kerosakan buah pinggang kekal terjadi.
Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-
kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan
* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak
* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata
* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein
* Cepat letih dan mengantuk
* Kerap sakit kepala
* Mengalami masalah tidur
* Kurang selera makan dan penurunan berat badan
* Terasa seperti hendak muntah, loya
* Darah di dalam air kencing
Sebab-sebab kerosakan buah pinggang kronik (CKD)
Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat
Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan
buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi
daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.
“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca
daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang
polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang
membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur
kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat
dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.
“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di
Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus daripadanya
merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak
diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
(enam peratus),” katanya.
Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi
gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi
akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil
diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah
pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.
Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah
situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak
dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan
salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah
berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus
daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7429.0
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7429.0

No comments:
Post a Comment