Assalamualikum semua hari ni saya nak berkongsi dengan semua berkenaan cara menagani stress di tempat kerja di dalam islam...
Memang tidak mudah menangani stress atau tekanan terutamanya di tempat kerja. Kena pula dengan bos yang cerewet. semuanya nak cepat. Pantang silap sikit, mulalah bising. Ada juga tempat kerja yang bosnya baik tapi pekerja pula buat perangai. Semua nak jadik bos yang tak sedar macam bossy pun ramai. Dah macam-macam perangai ada he he he...
Sebenarnya stress di tempat kerja banyak disebabkan oleh orang-orang disekeliling. Jika anda berjaya menyesuaikan diri dengan peragai staff dan bos anda. Ia sangat membantu mengurangkan stress kerja anda. namun disini saya ingin berkongsi satu sahaja tips didalam islam yang mampu membantu mengurangkan stress. Bukan sahaja stress ditempat kerja malah apa jua stress atau tekanan di dalam kehidupan kita.
Tips ini selalu kita dengar di dalam kelas atau ceramah agama. namun tidak ramai yang mempraktikkannya. Mudah sahaja tipsnya iaitu redha akan ketentuan ilahi. redha ini bermaksud kita menerima segala hasil usaha kita samada baik atau buruk dengan hati yang lapang dada atau dengan hati yang ceria. Ia merupakan salah satu rukun didalam islam iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar.
Namun kunci disebalik redha ialah anda perlu redha dari awal lagi. Sebagai contoh semasa berusaha menyiapkan projek atau kerja, anda telah setkan dalam minda anda. Apa sahaja hasilnya samada baik atau buruk anda akan redha atau terima. Anda telah setkan awal-awal yang anda akan terima dengan hati terbuka apa sahaja hasilnya. Kerana anda tahu kehidupan ini bukan milik anda ia milik pencipta kita. Oleh itu terpulanglah kepada pencipta untuk menentukanya apa sahaja untuk kita. Yang pasti ketentuan ilahi adalah yang terbaik untuk kita.
Tahukah anda kebanyakan stress berpunca dari keinginan di dalam diri kita, dan keinginan ini dibina dari awal lagi. contohnya semasa menduduki SPM. dari awal kita sudah setkan dapat 9A. Hari-hari kita belajar dengan keinginan dan keazaman kuat mendapat 9A. Hari-hari kita membina keinginan ini untuk dapat 9A dan apabila keputusan keluar dapat pula 9E., Itulah yang sampai menagis dan kesedihan. jika diluar negara ada yang sampai membunuh diri, Punca utamanya ialah keinginan yang dibina bertahun-tahun tidak kesampaian. Sama konsepnya dengan mereka yang putus cinta.
Sebenarnya kita telah dididik semenjak kecil untuk berazam kuat mendapatkan sesuatu inilah salah satu punca ramai menghadapi stress tekanan dalam kehidupan apabila dewasa. Oleh itu kita perlu mengubah kepada garis panduan yang diajar didalam islam. Islam mengajar kita untuk berusaha, bertawakal dan redha. Ini konsep berusaha yang sebenar. sentiasa terus berusaha. sentiasa berserah kepada ilahi dan sentiasa menerima ketentuanya dengan hati yang berlapang dada. Ini sangat membantu anda meneruskan kehidupan dan sentiasa ceria. mulakan dengan mempraktikkanya. semoga tips ini bermanfaat.
Renung-renunhkanlah , dan Selamat Beramal....
TQ


No comments:
Post a Comment